My School

Monday, February 8, 2010

Latar Belakang MPP

Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) terdiri daripada kalangan pelajar yang terpilih melalui rujukan guru dan minat pelajar serta telah lulus ujian kelayakan melalui proses temuduga sebelum mereka ini dianggap layak menjawat jawatan sebagai ahli Majlis Pemimpin Pelajar(MPP). Ia terdiri daripada kalangan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Tujuan MPP dilantik adalah sebagai satu mekanisme terbaik untuk melatih pelajar yang berpontensi menjadi pemimpin masa depan dan disamping itu berkeupayaan membantu pihak sekolah menangani gejala negetif di kalangan pelajar. MPP juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah dan dianggap istimewa atau pihak sekolah kedua pentingnya selepas guru dalam hirakhi kepimpinan sekolah.

Adalah menjadi satu tanggungjawab setiap ahli MPP ini meningkatkan kualiti diri sejajar dengan nilai, tanggapan dan penerimaan warga sekolah. Mereka juga perlu membuktikan keupayaan menerima tanggungjawab ini sebagai jawatan yang sangat berprestij di kalangan pelajar.

Amat penting juga setiap MPP memiliki nilai kesungguhan bekerja, ikhlas dan amanah melaksanakan tugas, jujur dan cekal menunaikan kewajipan dan menepati masa. Mereka juga perlu berani menerima tanggungjawab dan menepati masa. Mereka ini juga perlu berani menerima tanggungjawab tanpa gentar pada sebarang ancaman dan sanggup bekerja tanpa mengharapkan sebarang ganjaran walaupun dalam sesetengah keadaan mereka akan bertugas diluar tugas rasminya.

No comments:

Post a Comment