My School

Sunday, February 21, 2010

Sekitar Majlis Penyampaian Watiqah Perlantikan MPP





21 Februari - Majlis Penyampaian watikah perlantikan Majlis Pemimpin Pelajar yang terdiri dari pengawas sekolah, pengawas koperasi, pengawas pusat sumber, PRS, pengawas unit sukan, ketua dan penolong ketua tingkatan telah dapat disempurnakan walaupun perlajalanannya tidak dapat dilaksanakan sebagaimana dirancang.

Cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai telah menyebabkan majlis terpaksa dipindahkan ke foyer.

Ucaptama disampaikan oleh En. Ahmad Yani bin Mohamad, Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan.

Friday, February 19, 2010

Watikah Perlantikan MPP

Majlis penyampaian watikah perlantikan MPP, PRS, PSS, Pengawas Koperasi, Pengawas Unit Sukan, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan akan dilangsungkan pada 21 Februari 2010.

Watikah perlantikan ini akan disampaikan oleh pegawai dari unit HEM Jabatan Pelajaran Kelantan, Ybrs. En. Ahmad Yani.

Raptai Majlis Watikah Perlantikan MPP

Raptai Majlis Watikah Perlantikan MPP, PRS, Pengawas Koperasi, PSS, Pengawas Unit Sukan, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan akan diadakan sebagaimana berikut L-

Tarikh : 20 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SMKPC2

Kepada semua yang terlibat kehadiran adalah diwajibkan.

Tuesday, February 9, 2010

Monday, February 8, 2010

Nilai Kualiti Diri MPP

Berusaha mengamalkan nilai-nilai kualiti diri berikut:-
1. Bersungguh-sungguh
2. Berdisiplin
3. Berdikari
4. Amanah
5. Jujur dan Ikhlas
6. Kenal diri
7. Inovatif dan Kreatif
8. Sanggup dipimpin
9. Mampu memimpin
10. Berilmu dan Beriman
11. Melampaui keperluan dan mendahului

Matlamat MPP

Sebagai MPP yang berkualiti dan berketrapilan yang bukan sahaja menjadi contoh dan icon pada pelajar lain malah mampu menangani permasalahan secara tegas, berhemah, bijaksana, diplomasi dan kompetens.

Latar Belakang MPP

Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) terdiri daripada kalangan pelajar yang terpilih melalui rujukan guru dan minat pelajar serta telah lulus ujian kelayakan melalui proses temuduga sebelum mereka ini dianggap layak menjawat jawatan sebagai ahli Majlis Pemimpin Pelajar(MPP). Ia terdiri daripada kalangan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Tujuan MPP dilantik adalah sebagai satu mekanisme terbaik untuk melatih pelajar yang berpontensi menjadi pemimpin masa depan dan disamping itu berkeupayaan membantu pihak sekolah menangani gejala negetif di kalangan pelajar. MPP juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah dan dianggap istimewa atau pihak sekolah kedua pentingnya selepas guru dalam hirakhi kepimpinan sekolah.

Adalah menjadi satu tanggungjawab setiap ahli MPP ini meningkatkan kualiti diri sejajar dengan nilai, tanggapan dan penerimaan warga sekolah. Mereka juga perlu membuktikan keupayaan menerima tanggungjawab ini sebagai jawatan yang sangat berprestij di kalangan pelajar.

Amat penting juga setiap MPP memiliki nilai kesungguhan bekerja, ikhlas dan amanah melaksanakan tugas, jujur dan cekal menunaikan kewajipan dan menepati masa. Mereka juga perlu berani menerima tanggungjawab dan menepati masa. Mereka ini juga perlu berani menerima tanggungjawab tanpa gentar pada sebarang ancaman dan sanggup bekerja tanpa mengharapkan sebarang ganjaran walaupun dalam sesetengah keadaan mereka akan bertugas diluar tugas rasminya.